m/s - 21
Aku tinggalkan kau sementara waktu, selamanya yang kau perlukan, bersendirian di dalam kamar dunia pasrah itu.
m/s - 24
"Awak tahu how dying people, gain so much comfort and peace just by holding their hand. Dan how babies akan berhenti menangis, if you let them hold the tip of your finger".
m/s - 35
Kerana Tuhan tidak bergurau. Dia hanya menduga.
m/s - 37
Si lelaki tidak tahu, ketika malam yang paling pekat, bagaimana si Dia terbangun tengah malam, lalu duduk termenung memerhatikan tidur. Tidur yang paling dalam, tidur tanpa dihiasi mimpi, hingga mungkin roh ikut tidur sekali.
Untuk si Dia cuba memahami, keletihan seorang lelaki yang penat menjaga hati, yang penat makan hati, yang penat memujuk dan merayu, yang penat memberi dan melindungi, yang penat memahami dan mengagumi yang penat menyeksa diri, yang penat menyayangi dan menyintai.
No comments:
Post a Comment